Friday, 7 April 2017

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu yang Memikulnya...

Lumrah kehidupan.....

Kehidupan seorang wanita yang cukup tabah namun tidak seorang pun yang ambil peduli...seorang isteri namun digantung tidak bertali oleh si suami....si suami seorang penagih tegar.....malang sungguh nasib si isterinya....dengan membesarkan empat orang cahaya mata yang masih kecil dan bersekolah rendah....si ibu hanya bekerja di warung dengan pendapatan RM 40 sehari namun masih tidak mencukupi....pelbagai dugaan dan rintangan yang harus si ibu hadapi tanpa bantuan dari saudara mara mahupun jiran-jiran.....minggu ini anaknya yang ke tiga telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit sawannya kembali.....si ibu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya yang sedang sakit dihospital....malang sungguh nasib si ibu....dari mana lagi hendak mencari duit untuk kos ke hospital....perbelanjaan untuk membeli makanan....bil hospital dan sebagainya........jika kita rasa diri kita susah dengan adanya GST dan harga petrol naik dan pelbagai lagi.......cuba kita renungkan nasib si ibu tadi.....bagaimana penderitaan yang ditanggungnya kini....sedangkan ada suami namun digantung tidak bertali.....perbelanjaan rumah dan anak-anak tidak dihiraukan.....bagaimana perasaan anak-anaknya.....???.....kepayahan si ibu kini semakin bertambah dengan tiadanya pekerjaan.....anak sedang sakit di hospital....ALLAHHUAKBAR......YA ALLAH Kau Lindunggilah si ibu dan anak-anaknya....Kau murahkan rezeki si ibu dan Kau sembuhkanlah anaknya supaya sihat seperti biasa....Hanya kepada Mu tempat ku Memohon YA ALLAH....Aamiin